Salam penghujung 2009...
Penulisan ini dimulakan dengan penuh rasa sayu, terkilan.. dan macam2 lagi. apa tidaknya terasa pantas sangat masa berlalu, terdengar2 lg letupan bunga api permulaan 2009 yang lalu. 365 hari yang dilalui penuh dengan pelbagai kenangan. Indah, manis, menyakitkan, perit, semua terangkum dalam satu lingkungan hari2 tersebut.
Tak guna nak ungkit semua tu sebab apa yang dah berlalu takkan dapat diulang lagi. Apa yang mampu kita buat hanya lah memperbetulkan keadaan. Satu soalan yang sedang aku cari jawapan, tercapai kah azam yang aku genggam permulaan 2009 yang lalu?? Satu, satu, satu... kalau lah dari 100% berapa persen dah tercapai?? Perlukah diletakkan satu angka? Biarlah menjadi memori, yang perlu di ungkap hanya lah..SELAMAT DATANG 2010, AKU MENYAMBUTMU PENUH KEAZAMAN...
DOOM..DOOM..DOOMMM... Detik 12 malam.. Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010...
Ya Rabbi, mohon limpahan rahmatMu agar 2010 membawa 1000 keberkatan dan agar segala impianku dapat di capai.. Aminnn..
Thursday, December 31, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)